“Belajar pandai-pandai..” – Agong tinjau SOP sekolah, sempoi duduk dalam kelas

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau pembukaan semula sekolah yang bermula sejak dua hari lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Danau Kota, Setapak.
Keberangkatan Al-Sultan Abdullah mencerminkan keprihatinan tinggi baginda terhadap keselamatan dan kesihatan para guru serta murid di seluruh Malaysia setelah hampir tiga bulan sekolah diarah tutup berikutan penularan COVID-19.

Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pihak sekolah dan para guru atas persediaan rapi bagi menjamin keselamatan selain mengelakkan risiko jangkitan.
Baginda turut menasihati para guru dan murid agar bersabar menjalani sesi persekolahan dengan norma baharu termasuk penjarakan sosial, menjaga kebersihan diri serta mematuhi garis panduan.

Berangkat sama, anakanda baginda YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah. Turut hadir semasa sesi lawatan tersebut Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin.
Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa beramah mesra dan menyantuni para guru dan murid sebelum mengakhiri lawatan kerja ini.

Sumber : Istana Negara , Bernama
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!