Juadah masakan terakhir bonda

Malam tadi skuad kami menguruskan satu jenaz4h wanita dewasa yang men1nggal dunia di rumahnya di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Arw4h dikatakan sempat memasak juadah terakhir untuk dua orang anaknya sebelum rebah dan men1nggal dunia.
Jenaz4h diuruskan di Kontena Wakaf SPJM sebelum dibawa pulang ke Muadzam Shah Pahang untuk disemad1kan. Semoga roh almarhumah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin.
Sangat s4yu melihat wajah kedua anak arw4h yang masih remaja. Pasti masakan terakhir ibunya itu menjadi kenangan yang paling sed1h untuk dikenang. Buat yang masih mempunyai ibu, bilakah kali terakhir anda merasai juadah masakan ibu kalian?
Nikmatilah saat itu sebelum semuanya berakhir untuk selamanya.
Image may contain: 2 people, indoor